Khamis, 21 Jun 2007

karya harun yahya!

baru-baru ini, aku ada terbaca karya-karya penulis kontroversi harun yahya.. penulis yang beasal dari turki ini banyak menulis tentang keagamaan dan seorang yang paling lantang menyanggah teori evolusi yang disokong para evolusinist yang diasaskan oleh Darwin. Namun perlu diingatkan bahawa hanya mereka yang mempunyai minda tahap tinggi atau minda berakal sahaja disyorkan membaca karya beliau.. beliau juga ada menghasilkan karya ringan yang dikhaskan untuk golongan muda atau kepada mereka yang mindanya kurang kuat, namun impak yang dihasilkan agak bijak diolah. membaca karya yang ringan akan membuat minda anda mahu mendapatkan yang lebih dan akan mendorong anda untuk membaca karya tahap tinggi beliau. namun perlu diingatkan sekali lagi, kepada yang belum bersedia mindanya, jangan baca karya tahap tinggi beliau kerana dikhuatiri anda akan sakit kepala dan akan menyebabkan anda gila/isim/yang sewaktu dengannya. Sila dapatkan pendapat ustaz yang bertauliah, ulamak ataupun mufti. Namun jika anda sekadar ingin tahu, bolehlah baca/download buku-buku digital berbentuk dokumen word dan pdf di www.harunyahya.com

seterusnya, saya akan mengomen sedikit sebanyak karya harun yahya sebagai pendapat peribadi, bukan sebagai fatwa, hukum, peraturan atau sebagainya. segala komen berakir disini sahaja dan tanpa prejudis terhadap agama Islam, negara malaysia atau bangsa melayu sendiri. harap maklum. Digalakkan merujuk kepada ustaz, mufti, ulama untuk segala permasalahan agama anda.

Tiada ulasan: