Jumaat, 22 Jun 2007

hazim in action..



Papa is taking me to bath! See how "red" I am..hehe..
I am looking at Papa face hoping he do it well because he look not very confident.. hehe..

This pic was snapped by mum, when I was 2 month old..

Later finished by dad via photoshop..hehe..

Khamis, 21 Jun 2007

Wujudkah makhluk asing?

Persoalan ini adalah antara agenda pemikiran paling lama aku fikirkan.. semasa zaman kanak-kanak lagi aku dan mula memikirkan persoalan ini, namun masih tiada berjawab.. Sampai aku sanggup cari maklumat di perpustakaan sekolah.. jadi apa yang aku dapat adalah sama seperti yang mungkin semua orang dah tahu, iaitu:
Alien ni kepala dia botak, besar, mata sepet, bogel, kurus, kecil sikit dari manusia, kulit licin.
Alien menggunakan piring terbang sebagai kenderaan, yang terbang laju menyamai kelajuan cahaya dan boleh hilang dalam sekelip mata.
Alien culik manusia untuk dijadikan percubaan/eksperimen. Hanya segelintir yang nampak alien mendarat. Kerajaan akan sedaya upaya menutup cerita dan hapus bukti tentang alien ni..(kerajaan US).
Jadi betulke alien ni wujud??

Mari kita perah otak kita sikit:
Alien ni berasal dari planet mars(paling dekat dengan bumi)? atau planet-planet lain dalam sistem suria kita? seperti pluto yakni planet paling jauh?
Atau alien tinggal di salah sebuah sistem selain sistem solar dalam cakerawala bimasakti(sistem suria berada dalam cakerawala bimasakti). ataupun tinggal di salah sebuah cakerawala dalam berbilion cakerawala dalam alam semesta?

Sebelum itu mari kita fikir bagaimana manusia ada dibumi..
Bumi telah dipilih oleh Allah sebagai sebuah tempat yang paling sesuai diduduki/didiami oleh makhluk hidup.. kedudukan bumi yang paling tepat jaraknya dengan matahari membuatkan suhu bumi membenarkan keadaan dimana kehidupan boleh berkembang. jika jarak bumi hanya sedikit jauh atau sedikit dekat dengan matahari maka kita tidak akan dapat keadaan seperti sekarang. sebagai contoh, kutub utara dan selatan berada sedikit jauh dengan matahari berbanding kawasan di garisan khatulistiwa. Apa ada di kutub, adalah bongkahan ais dan dataran ais yang amat susah untuk manusia tinggal, dan hampir mustahil manusia dapat mendiami tempat tersebut(walaupun ada segelintir). Wallahua'lam.
Lihat pula kawasan yang paling dekat dengan matahari, seperti di gurun-gurun yang terletak di tenagn-tengah garisan khatulistiwa.. kepanasan melampau, kebuluran, dan hampir sangan susah untuk mendiami kawasan ini. Walaupun ianya sebenarnya suhu di permukaan bumi dipengaruhi oleh lapisan ozonyang menapis sinar UV dan pengaruh ketinggian, namu idea yang ingin ditunjuk disini adalah betapa sempurnanya perancangan Allah dalam menyediakan bumi (meletakkan bumi) sesempurna mungkin supaya keberadaan manusia dapat diteruskan sehingga kini. cuba bayangkan jika bumi berada berdekatan zuhrah(planet kedua-dimana bumi planet ketiga), nescaya terbakarlah kesemua kehidupan dimuka bumi kita ini. ini kerana di planet zuhrah, suhunya adalah 450 darjah selsius, tiada lautan dan hanya mengandungi karbon dioksida yang tinggi.
cuba pula bayangkan bumi dilatakkan berdekat marikh(planet keempat), maka mustahil juga kehidupan dibumi, kerana suhu purata di marikh adalah -25 darjah selsius dan 95% terdiri daripada gas karbon diaoksida. semakin jauh planet dari matahari, semakin sejuk planet itu dan semakin dekat dengan matahari, semakin panaslah planet tersebut. Disini nampak dengan jelas kedudukan bumi yang betul-betul telah diukur dan ditetapkan orbitnya mengelilingi matahari pada jarak tertentu yang sangat sesuai dengan suhu yang diterima manusia dan segala bentuk kehidupan didalamnya.
Sekarang anda jawap, Alien tinggal di planet mana?
Ada pendapat menyatakan yang alien berada di planet yang paling dekat dengan bumi, iaitu di planet marikh. Jika benar, kenapa telescope tidak pernah dapat menangkap gambar makhluk asing ini di planet itu. Telescope didunia ini sudah dapat menangkap gambar planet terjauh iaitu pluto yang berjarak 6000 juta kilomenter, takkan tidak dapat zoom kepermukaan marikh untuk mencari tempat tinggal alien? apa yang mereka nampak hanyalah kawah-kawah dan gurun pasir dan debu kemerahan. Itu sahaja. tiada apa walaupun sehelai rumput pun disitu. menghairankan bukan? Untuk pengatahuan anda semua, telescope dibumi telah pun dapat mencerap planet diluar sistem suria kita, melampaui cakerawala bimasakti dan menjumpai pelbagai lagi cakerawala atau galaksi yang pelbagai.
jadi dimana alien tinggal? Kalau bukan diBUMI inilah!!
..akan bersambung...

karya harun yahya!

baru-baru ini, aku ada terbaca karya-karya penulis kontroversi harun yahya.. penulis yang beasal dari turki ini banyak menulis tentang keagamaan dan seorang yang paling lantang menyanggah teori evolusi yang disokong para evolusinist yang diasaskan oleh Darwin. Namun perlu diingatkan bahawa hanya mereka yang mempunyai minda tahap tinggi atau minda berakal sahaja disyorkan membaca karya beliau.. beliau juga ada menghasilkan karya ringan yang dikhaskan untuk golongan muda atau kepada mereka yang mindanya kurang kuat, namun impak yang dihasilkan agak bijak diolah. membaca karya yang ringan akan membuat minda anda mahu mendapatkan yang lebih dan akan mendorong anda untuk membaca karya tahap tinggi beliau. namun perlu diingatkan sekali lagi, kepada yang belum bersedia mindanya, jangan baca karya tahap tinggi beliau kerana dikhuatiri anda akan sakit kepala dan akan menyebabkan anda gila/isim/yang sewaktu dengannya. Sila dapatkan pendapat ustaz yang bertauliah, ulamak ataupun mufti. Namun jika anda sekadar ingin tahu, bolehlah baca/download buku-buku digital berbentuk dokumen word dan pdf di www.harunyahya.com

seterusnya, saya akan mengomen sedikit sebanyak karya harun yahya sebagai pendapat peribadi, bukan sebagai fatwa, hukum, peraturan atau sebagainya. segala komen berakir disini sahaja dan tanpa prejudis terhadap agama Islam, negara malaysia atau bangsa melayu sendiri. harap maklum. Digalakkan merujuk kepada ustaz, mufti, ulama untuk segala permasalahan agama anda.

pos pertama saya :)

Assalamualaikum wahai semua penduduk bumi.. Nama saya Muhammad Hazim bin Muhamad Hanafiah.. walaupun berumur baru 3 bulan 18 hari pada hari ini, tapi saya berkeras juga untuk memiliki blog sendiri dan telah mewakilkan bapa saya untuk menulis di blog saya ini.. Oleh kerana blog ayah saya ada sedikit masalah, maka ayah saya tumpang menulis disini.. Lagipun saya belum tahu menulis lagi (maklumlah baru 3 bulan usia saya).. nanti saya akan sambung menulis disini bila ayah saya membenarkan saya menulis dan bila dia dedahkan kata laluan blog ini..