kelmarin aku beli telefon bimbit second-hand di tesco shah alam. modelnya nokia 1110i. harga=rm70 sahaja. murahkan... tapi mmg model ni yg aku cari selama ini.. ada banyak sebab kenapa aku beli telefon ini. telefon ini aku gunakan untuk line maxis aku, menggantikan nokia 6111 yang baru aku pakai seminggu. kenapa cepat sangat tukar? haa.. tu yang nak citer tu..
satu lagi line, celcom, pulak aku pakai nokia 1112. dah dekat 1 setengah tahun guna.. setakat ni tak penah mengecewakan aku.. n1112 dan n1110i ni macam kembar la kira.. cuma n1112 guna led putih yang terang sangat manakala n1110i pulak guna led hijau. line celcom aku bantai untuk bercakap sbb charge dia murah, guna minute plan.
dulu sebelum aku guna n6111, aku guna n2610. n2610 ni color screen tapi 64ribu color jerk, tapi aku amat benci bila pakai phone ni.. sbb apa.. amat susah nak baca tulisan pada screen sbb tak nampak langsung masa panas terik sbb dia guna active-matrix screen. kedua, keypad dia guna plastik yg keras macam besi. nampak macam cool lah tapi sebenarnya agak sukar untuk menekannya, kadang2 kene guna kuku baru boleh keluar nombor. jadi susah kalau nak sms, sbb maxis ni aku gunakan utk sms orang sbb selalu dpt sms free.. susunan keypad dia rapat2 sampai kekadang tertaip huruf yang salah.. jadi bagi aku phone ini amatlah tidak praktikal bagi orang yang suka bersms macam aku.. so aku belilah n6111 yg second hand dgn harga 360 kat alam sentral..
dah lama aku usher n6111 ni kat lelong.. sbb nya ia telefon slide.. keypadnya tersorok dibawah screen. .cool.. dah keypad dia akan jarang kotor dan susah nak scratch.. color screen 262 ribu warna.. cool lagi.. so aku belilah... dapat yg avaxx set.. aku terus tukar housing dgn ori punya housing.. bila dapat kat tangan, mmg best,, kecik, boleh genggam dgn tangan je, ringan, kamera 1megapixel.. boleh rakam video 1 jam.. dan lain2 fungsi. aku heppi la kejap...tapi... ada plak problem dia.. bateri!! damn it.. bateri kene charge hari-hari.. paling lama 2 hari sekali.. oh aku mmg benci camni.. bukan apa, kalau ada benda yg urgent, tengah cakap tetiba "tut tut tut!! batteri empty"!! pastu dia punya keypad walaupun tersorok, tapi cepat tercalar sebab terseret dengan bahagian atas(slide phone la katakan).. so tak guna juga slide-slide ni.. keypad pulak disusun terlalu rapat dan kecik2, sesuai dengan jari pompuan yg halus2 tu.. kene jari gajah cam aku ni amatlah tidak sesuai.. so aku pon ingat nak jual la phone ni.. bagi kat isteri, dia tanak pakai.. so lelong la jawapnya..
aku pon pikir, telefon apa yg sesuai dengan org yg cerewet cam aku ni.. last2 aku angkat beradik kembar n1112, iaitu n1110i ni.. dibawah adalah sebab2 nya..
aku ni jenis yg suka sms sbb maxis kasi sms free.. aku sms sebelah tangan jer, so keypad yg flexibel diperlukan utk tujuan ini.. masa memandu aku sms sebelah tangan, guna ibu jari je.. aku boleh sms tanpa melihat kat screen.. n1110i dan n1112 gunakan keypad getah yg flexible.. kalau ditekan ada bunyi khas yg dihasilkan oleh getah itu, so kita tahu yg key tu dah ditekan.. keypad dia didesign sebagai satu lapisan, maknanya tiada habuk akan memasuki bahagian dalam telefon, maksudnya tiada celahan.. jadi phone ni takpayah nak bersihkan.. mmg clean.. hanya ada sekeping getah yang merangkumi keseluruhan keypad.. kedua, ianya mono-screen, tiada color, tapi sangat hebat. ianya boleh dibaca dalam apa jua keadaan, panas, ujan, ribut, salji, malam, tak kira cuaca. amat menyenangkan bagi aku. tak macam phone color screen yg guna tech matrix...
ketiga, kuasa bateri yang mengagumkan. sekali charge boleh tahan sampai seminggu, kalau kurang guna, boleh stay sampai 2minggu, so sebulan aku charge 2 kali sahaja.. hehehe..
ringtone nya polyphonic-mp3, taklah segan kalau berdering depan orang ramai, kalau monophonic tu kira segan gak la.. org dalam hati kutuk "hek eleh apa punya kuno handphone dia.." atau "zaman batu nya hempon..." phone ni pun macam2 basic function ada.. loud speaker ada, dan segala basic fungsi ada spt calculator, calender, reminder dsb.. tujer yg aku perlu..
kamera? mmg la takde.. tapi ada reason kenapa aku tak perlukan kamera dlm sebuah phone.. sbb bagi aku, gambar yg diambil oleh sebuah cameraphone adah AMAT BUROOKK SEKALI!! tak caya tengok la.. aku guna camera pada phone yg guna 1mp resolusi, gambarnya chit, tak setanding camera yg 1mp. kekadang overexpose, under expose, takleh macro mode, nightmode pulak suck.. paling hampeh bateri sure macam air.. kehkeh.. lagipun aku dah ada kamera yang boleh dipercayai, fujifilm finepix a400 4 megapixel.. aku amik gambar mmg clear, guna 1.3mp mode jer, gambar mmg lawa dan besar, tak cukup satu screen komputer ni.. gambar tajam, optical zoom dan macro mode, night vision perfect siap dgn slow shutter.. perfecto!!
so kesimpulannya, aku amat berpuas hati menggunakan kedua-dua phone ni.. takpernah mengecewakan aku.. hidup aku kembali tenang dan aman, bagi aku phone kembar ni amat sempurna sebagai alat komunikasi, sepertimana tujuan utama henfon dicipta, untuk berkomunikasi dan berhubung. untuk bercakap dan bersms! muzik? takpe aku baru je beli ipod shuffle.. 1gb lagi denagn harge rm60 kat lelong.. ni shuffle tak ori ok, tapi quality excellent.. fucking shit tak tipu.. tak menyesal beli.. kenapa? sbb bateri terbina dalam, save duit bateri dan saiznya sangat kecil sehingga bateri dia amat ekonomi.. charge dan sync dalam masa yang sama.. mp3 terus campak ke dalam tak payah nak convert2 macam ipod.. bunyi fantastic,, saiz bombastic..
camne dengan organizer? takpe.. aku dah ada palm tungsten E, siap dengan wireless keyboard,, kira komputer mikro aku la ni.. color screen.. boleh buka microsoft word dokumen, excel, powerpoint.. boleh main mp3, video dan view gambar..
tu je la update utk kali ini, nasihat kepada semua, takpayahlah nak pakai telefon yg ngarut2 ni, simpanla duit utk benda lain, lagi berpekdah. tapi tu duit korang, lantak korang lah kan.. ok ciawww
-bapa hazim-
Ahad, 8 Julai 2007
Langgan:
Ulasan (Atom)